Jumaat, 2 Januari 2009


LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI SEORANG KARTUNIS



Tahukah Anda. semasa hayat Allahyarham Pak Jab, beliau pernah menulis sebuah buku panduan melukis kartun yang diberi judul "Bengkel Kartun Rejabhad" pada tahun 1997

Kini buku tersebut telah diolah dan dijadikan ebook sejajar dengan perkembangan terknologi sekarang. Buku ini saya dapat secara peribadi melalui Allahyarham Pak Jab sendiri. Sekarang saya kongsikan ilmu tersebut bersama anda yang berminat

Dari meja penulis,

Panduan ini diolah dari karya asal kartunis Rejabhad yang diberi judul Bengkel Kartun Rejabhad (1997). Buku ini tidak pernah dikomersilkan, malah saya sendiri mendapat buku tersebut secara peribadi dari Allahyarham Rejabhad pada tahun 1997. Selepas kematian Allahyarham, saya terfikir untuk mengembangkan ilmu beliau agar ia menjadi manfaat kepada semua yang berminat untuk belajar melukis kartun. Paling tidak semoga Allahyarham juga diberikan ganjaran "di sana". InsyaAllah...

Bagi saya karya ini adalah yang terbaik dan pertama berkenaan dengan bidang melukis kartun. Panduanya bagi saya, cukup lengkap A to Z , dari sejarah kartun hinggalah siap melukis kartun dan menghantar ke syarikat penerbitan.

Bagi memanfaatkan ilmu Allahyarham Rejabhad, saya olahkan karya ini supaya semua peminat kartun dapat merasai sendiri pengalaman belajar kartun dengan Allahyarham. Khazanah yang ditinggalkan ini sangat tidak ternilai harganya. Saya tidak meletakkan testimoni atau janji manis seperti penjual ebook yang lain. Segala kebaikanya tidak perlu saya sebutkan. Tentunya anda sebagai peminat kartun sangat mengenali Allahyarham Rejabhad dan anda pasti tahu kualitinya.

Akhir kata, semoga panduan ini akan terus bermanfaat kepada peminat-peminat bidang lukisan kartun dan semoga roh Pak Jab dicucuri Rahmat...Al-fatihah

Ahad 3:18 PM 2008
www.ezerbis.com